assalamualaikum. selamat hari khamis. :)
aku pun tak tau ape motif aku tibe - tibe tulis blog balik. mungkin singgah untuk membuang sesawang lelabah yang tebal macam tin sardin kat blog aku ni. motif? takde motif. apesal, sekarang ni semua benda nak buat kene ade motif ke.....? :P
semester baru selepas 4 bulan cuti. kelas dah start 2 minggu. aku masih di awang - awangan. masih lambat ke kelas. kelas pukul 830, masih 830 baru keluar umah sewa kat seksyen 7. hasilnya, sampai kelas dalam 850, lecturer jeling macam nak terkam aje. memang tak nice kan? setiap sem berazam nak pegi kelas awal. tapi tak jalan pun. so hot hot chicken shit. so azam hari khamis minggu ni ialah untuk pergi kelas awal. nak jadi tukang bukak suis aircond. :p
aircond semakin lame semakin berfungsi dengan baik. kalau ditakdirkan waktu aku datang lambat tu, seat bawah aircond je yang ade kosong, memang beku aku kat situ. memang rase macam belajar kat obersi yang ade salji...! itu ke motif pasang aircond kuat?
sem ni ade 3 lecturer perempuan, 3 lecturer laki. yang perempuan tu sorang rambut perang. ok lah, cerah sikit mate tengok die mengajar walau tak paham ape die pung pang pung pang kat depan tu. yang laki, still lecturer cina sem lepas. paper repeat, tak lepas. lecturer cina yang sangat menghargai masa walau seminit. boleh psiko belajar dengan drang.
soal hidup yang tak berape nak center. die jadi tak center sebab masalah tu dah lame, berlarutan dan tak setel. gunung berapi kalau meletus, semua pun boleh jadi habuk kan. tapi aku bukan gunung berapi. aku cume rase nak tikam orang je, tapi taknak masuk paper. tikam kat banjaran titiwangsa ok kot? atas pokok paling tinggi.
ade orang pernah bagitau aku, biar kite yang sedih. biar kite yang susah. bukan die, bukan die. sebab secara fizikal pun memang nampak kite lebih strong dari dier. so takkan nak bagi die susah kan? ok, dah lame aku berpegang pada kata - kata ni. tapi sejak tahun ni sejak dua menjak ni, macam aku cakap tadi la, gunung berapi aku dah membuak - buak nak meletus ni. nak meletus kat banjaran titiwangsa lah. nanti kene kat gajah je lava nyer.
entahlah, melihat diri sendiri sekarang ni. memang nampak tak center. dahtu macamane nak centerkan nye? luka di badan, boleh pegi spital. luka di hati, nak pegi mane? tanjung rambutan. tepat sekali, 100 markah.
perut semakin buncit. sungguh tak suke. ramai cakap hari tu keje johny dah kecik sikit, sekarang dah besar balik. ok fine, balik raya sebulan kot. sate mau 2 tan aku makan. aku ni peminat satay. belum kira nasik minyak, rendang. mane tak kembang. entah bila nak start workout ni. sekarang semua dah heboh mintak nama pasal karisma kat johor bulan depan. centralization yang surely akan menyakitkan kalau takde stamina. waaaaaaaaaaa! layan sajelah, zasssssssss. walau kaedah nak melayan tu akan terpakse mengalirkan air mata darah.
lately jumpe kawan - kawan yang dah grad, yang keje jadi Research Assistant kat fakulti. semua tanya, bila nak grad? bila aku cerite tentang keputusan akademik aku yang kurang memberangsangkan tu, semua cakap, semester ni, rajin lebih sikit yea? terharu aku. ade jugak datang raya rumah hari tu kasi pinjam buku rujukan drang. sayang la korang. kawan menangis susah nak cari, kawan nak melepak, petik je jari. kawan nak pakse kite stadi, mane nak cari..??
cakap pasal johny, tempat keje aku dulu. semalam pergi jusco singgah johny lagi. manager masih ajak kerja, kekawan masih ajak kerja. tolong la, walau aku pernah nyampah gila dengan johny, aku pernah kene maki, customer complain aku tak senyum, padahal die tak tau aku dah keje 11 jam dari pagi. nak senyum celah mane? tapi bile manager yang maki - maki aku dulu cakap dengan sopan dan ajak kerja balik.. gajah pun rase terharu dan pelik, kan? :)
mula - mula kerja johny, nak tanye customer, nak chicken soup or tomyam soup? tapi asyik tersasul chicken soup ke mushroom soup... sebab teringat kat pizza hut punye soup. lepas dah berenti keje johny, aku pegi pizza hut, nak tanye waiter tu, hari ni chicken or mushroom soup? tapi tertanye, hari ni chicken or tomyam soup. meroyan kan? :)
nak state satu kenyataan. aku ade rumet yang near to 4 years duk sekali. tapi aku takde akaun facebook dier. ape dier tulis hari - hari, ape aku merapu hari - hari kat fesbuk, kiteorang do not care at all. sedih kan? memang sedih. ko mampu ke? kawan jiran mase tadika pun ko add kat fesbuk kan. apetah lagi rumet sendirik... :( ok, sesi menyayat hati dan syahdu tamat di sini.
sesi saje nak tunjuk gambar... :p
gajah ni la nak teman aku kat banjaran titiwangsa nanti.
gambar mase cari kerang kat pantai remis. aku yang baju blue black. taubat, aku taknak buat keje ni dah... calar balar kaki aku... bersyukurla tak keje sebagai pencari kerang sepenuh masa....
ok lah. tu je nak cakap hari ni. banyak bende berkecamuk dalam kepale ni. dah cakap kan otak tak center. nanti kalau layan menaip lame - lame, semua benda akan tercerite. so baik aku pegi talk to the bantal busuk. i want to sambung my sleep. semalam tido 4 jam saje, karaoke punye pasal. take care my frens, i do love all my frens too. :)
sincere,
poboi :)